Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas

18 Sep 2023 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di negeri ini. - Gambar hiasan

KUCHING - Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di negeri ini, dengan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dijangka membuat kemasukan beras import 13,000 hingga 15,000 tan metrik ke Sarawak setiap bulan.

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sarawak, Nor Anizan Radzali berkata, selain itu bekalan beras tempatan seperti beras bario, adan dan keladi yang menyumbang kepada 10 peratus sumber beras di Sarawak, tidak terjejas.

"Bekalan beras di Sarawak adalah mencukupi, terdapat 37,000 tan metrik bekalan stok penimbal negara yang sedia ada disimpan untuk kecemasan,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sarawak pula sering menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran. - Bernama