
TELUPID: Bekalan elektrik bagi daerah Telupid dijangka stabil dan mencukupi menjelang pertengahan tahun 2024.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya memaklumkan perkara tersebut selepas mendengar taklimat tentang perkembangan kerja-kerja penaiktarafan elektrik di daerah Telupid, Khamis lepas.
“Kami menerima aduan daripada Adun dan rakyat Telupid tentang catuan bekalan elektrik dan juga gangguan bekalan elektrik yang agak kerap di daerah ini.
