Bekalan telur ayam stabil, pengeluaran melebihi permintaan - KPKM

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2025 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tinjauan KPKM mendapati bekalan telur Gred A, B dan C masih stabil dan boleh dibeli di pasar raya. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan bekalan telur ayam di pasaran kekal mencukupi dan stabil, malah pengeluaran tempatan kini melebihi permintaan domestik.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, susulan penstrukturan semula subsidi telur berkuat kuasa 1 Ogos lepas, pihak industri dari semasa ke semasa akan menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa.

"Proses pelarasan harga ini adalah sebahagian daripada mekanisme pasaran terbuka, namun tidak menjejaskan jaminan bekalan telur untuk pengguna," menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan tinjauan mendapati bekalan telur Gred A, B dan C masih stabil dan boleh dibeli di pasar raya, manakala bekalan telur Gred Khas dengan harga mampu milik turut tersedia dalam kuantiti munasabah.

"KPKM juga akan meneruskan pemantauan terhadap data pengeluaran telur termasuk meneruskan inisiatif Jualan Agro Madani bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan harga dan tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi serta kenaikan harga yang tidak munasabah,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved