Bekas ADUN dari UMNO masuk Pas

LocalPolitics
19 Apr 2025 • 11:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Norashikin

TAPAH - Pas pada Sabtu mengumumkan penyertaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin daripada UMNO menyertai parti itu.



Borang keahlian Wan Norashikin, 52, diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena Ceramah Mega Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini.



Turut menyaksikan, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Bekas Ketua Wanita UMNO Perak itu menang di kerusi DUN Kampong Gajah selama dua penggal iaitu pada 2018-2022 dan 2008-2013.



MENYUSUL