Bekas Adun Paya Jaras, Khairuddin dilantik sebagai KP J-Kom

LocalPolitics
1 Mar 2024 • 3:31 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Dr. Mohd Khairuddin Othman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) berkuatkuasa hari ini.

Khairuddin menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusoff yang telah meletak jawatan pada November tahun lalu.

Pelantikan Khairuddin, telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menerusi hantaran di Facebooknya.

“Tahniah kepada YBrs. Dr. Mohd Khairuddin bin Othman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berkuat kuasa hari ini.

“Semoga J-KOM akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik,’’ katanya.

Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor dan beliau kini adalah Setiausaha PKR negeri Selangor.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom kosong selepas peletakan jawatan Agus, yang turut dihimpit dengan kontroversi melibatkan penularan video berdurasi tiga minit, yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip beliau dengan Penolong Pegawai di J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan polis. – 1 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved