Bekas ADUN Tanjung Bidara Meninggal Dunia Malam Tadi

LocalPolitics
16 Aug 2023 • 11:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Allahyarham Datuk Ab Karim Sulaiman. - gambar Facebook

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Ab Karim Sulaiman, 75, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah kerana sakit jantung pada 9.20 malam tadi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka Abdul Hakim Abdul Wahid berkata Allahyarham sebelum itu menerima rawatan selama lima hari di sebuah hospital swasta di Klebang sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya petang semalam.

"Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Md Nor dan dua anak lelaki serta dua anak perempuan.

Arwah merupakan bekas Pengarah Ikatan Relawan Rakyat (RELA) (kini dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia) sebelum menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999.

Beliau kemudiannya dipilih sebagai ADUN Tanjong Bidara pada PRU11 pada tahun 2004 dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Allahyarham berkhidmat di kerusi Tanjung Bidara selama dua penggal dengan jawatan terakhirnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved