
Kota Kinabalu: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Stephen Jimbangan berkata pihaknya amat berbesar hati untuk menjadi wadah kepada semua wakil rakyat dan ahli yang keluar daripada Bersatu Sabah (PPBM).
“Jika bekas pemimpin dan wakil rakyat Bersatu Sabah ini mahu mengambil alih PGRS, saya dan ahli jawatankuasa saya akan mengalu-alukan mereka dengan tangan terbuka kerana kami menyokong perjuangan GRS untuk membentuk Blok Borneo dengan GPS Sarawak.
