Bekas Anggota EXO, Tao Umum Sudah Berkahwin

WorldEntertainment
4 Dec 2024 • 9:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas anggota kumpulan K-pop terkenal EXO, iaitu Tao mengumumkan dirinya sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya dari China, Xu Yiyang.

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi akaun Weibonya dengan memuat naik sijil perkahwinan mereka berdua.

image is not available

Foto: Weibo

“Matlamat tercapai. Saya bercinta dengan harapan untuk berkahwin,” luahnya ringkas.

Memetik laporan PinkVilla, pasangan berkenaan dikatakan berkahwin di China bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikhnya.

Untuk rekod, pasangan itu mula mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Julai lalu dan mengikat tali pertunangan pada Ogos.

image is not available

Foto: Weibo

Difahamkan bahawa Tao dan isteri berbeza usia empat tahun.

Sekadar info, Tao memulakan kerjaya sebagai ahli EXO pada 2012 namun meninggalkan kumpulan berkenaan pada 2015.

Walau bagaimanapun, dia amat aktif di China bersama isterinya yang juga bekas pelatih di bawah SM Entertainment.

Sumber: PinkVilla

View Original Article