Bekas anggota Pengakap Sempadan Sabah sambut baik cadangan

6 Oct 2023 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Bekas anggota Pengakap Sempadan Sabah (Border Scouts) menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk menghidupkan semula pasukan itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor baru-baru ini menyatakan Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah sedang mengkaji cadangan tersebut, sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan tambahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan pelabur.

Setiausaha Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Nabawan, Jimmy Libau, 71, berkata sebagai bekas anggota beliau tahu peranan Pengakap Sempadan semasa bertugas pada ketika itu.

“Semasa menganggotai pasukan Pengakap Sempadan, yang juga dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH), bermula 15 Januari 1966 hingga 30 November 1990 banyak pengalaman yang saya lalui berkaitan kawalan sempadan negara, yang berjiran dengan Indonesia (Kalimantan) dan Filipina,” katanya, diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri itu.