Bekas Anggota Polis Dakwa Dipukul Datuk Shuhaily 11 Tahun Lalu Tampil Tuntut Keadilan

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 10:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bekas anggota polis memohon campur tangan Peguam Negara bagi membuka semula siasatan terhadap laporan dakwaan dipukul Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, lebih sedekad lalu.

Peguam Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin berkata, anak guam mereka, Saifuddin Abdul Kader, membuat laporan polis pada 19 November 2015 ketika Mohd Shuhaily bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Advertisement

Saifuddin turut mendakwa Mohd Shuhaily menumbuk pergelangan tangan kirinya sekali selain mengugut untuk menukarkannya ke Sabah atau Sarawak serta mengambil tindakan tatatertib terhadapnya.

Mangsa Gesa Kes Dibuka Semula

Peguam berkenaan berkata, Saifuddin turut mendakwa berdepan pelbagai kesukaran dalam kerjayanya selepas membuat laporan tersebut sehingga akhirnya diberhentikan daripada pasukan keselamatan.

Mereka berkata, perkembangan kes Mohd Shuhaily di KLIA baru-baru ini memberi harapan kepada anak guam mereka untuk mendapatkan keadilan.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederakan dua anggota polis di KLIA pada 28 September.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERITA HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Bekas Anggota Polis Dakwa Dipukul Datuk Shuhaily 11 Tahun Lalu Tampil Tuntut Keadilan2026-10-27 11:29:15

Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan

The post Bekas Anggota Polis Dakwa Dipukul Datuk Shuhaily 11 Tahun Lalu Tampil Tuntut Keadilan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved