Bekas Anggota TLDM Dilepas, Dibebaskan Tuduhan Kesalahan Seksual

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 4:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh selepas didakwa merogol serta melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan empat tahun lalu.

Anggota TLDM didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun

Menurut laporan Kosmo!, Hakim Jean Sharmila Jesudason memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd. Muhazzam Shah Salem, 40, di akhir kes pendakwaan.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut beliau, hasil penelitian terhadap keterangan saksi mendapati terdapat percanggahan serta kelompongan yang tidak dijelaskan oleh pihak polis mahupun saksi utama, iaitu mangsa sendiri.

“Situasi ini menimbulkan keraguan munasabah. Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

image is not available

Mahkamah turut mengarahkan wang jaminan sebanyak RM5,000 yang dibayar sebelum ini dikembalikan kepada tertuduh.

Pada 31 Disember 2021, Mohd. Muhazzam Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun.

Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved