Bekas atlet Olimpik S. Sabapathy meninggal dunia

14 Dec 2022 • 1:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh pelari kebangsaan S. Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi tadi.

Berita pemergian atlet yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P. Mahaletchumy ketika dihubungi Bernama.

Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.

”Ayah meninggal dunia pada 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah,” katanya.

Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan esok.

Mendiang meninggalkan isterinya G. Maliga, 66, dan dua anak perempuan.

Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved