Bekas banduan berlesen pandu mabuk dipenjara 

13 Feb 2025 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Bekas banduan berlesen (OBB) yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan melanggar bahagian belakang sebuah van pada hujung tahun lalu dipenjara sebulan serta denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Roslan Lenter, 41, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, yang turut memerintahkan lesen memandu Roslan digantung selama dua tahun.

AdvertisementDia didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/87), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM30,000 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebuah van Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dirempuh dari belakang oleh kereta Viva yang dipandu oleh Roslan di bulatan Hilltop ketika dalam perjalanan ke Tanjung Batu dari Kampung Sri Menanti. Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian Roslan yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pemeriksaan rekod jenayah lampau mendapati Roslan adalah bekas OBB yang berada di bawah pengawasan dan pemantauan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tawau, dengan lesen pemantauannya tamat pada 9 Februari 2023.

Semasa mitigasi, Roslan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda lebih ringan kerana dia menganggur dan tidak mempunyai pendapatan.

AdvertisementDia juga mengaku minum alkohol semasa menghadiri sambutan Krismas di rumah rakannya ketika ditanya oleh majistret di mana dia memperoleh minuman beralkohol (walaupun dia tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan).

Pegawai Pendakwa Trafik ASP Joan Lee, meminta mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal terhadap Roslan atas kepentingan awam, kerana tindakannya memandu dalam keadaan mabuk adalah tidak bertanggungjawab serta membahayakan diri sendiri dan orang lain.