Bekas CEO, CFO TH didakwa tipu nilai tiga hartanah pelaburan RM3.3 bilion

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 1:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas CEO, CFO TH didakwa tipu nilai tiga hartanah pelaburan RM3.3 bilion

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu tentang hibah berhubung nilai tiga hartanah pelaburan bernilai RM3.3 bilion, lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, 63, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah, 70, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menipu Ahli Lembaga Pengarah TH dengan menyedia serta membentangkan kertas kerja mengandungi cadangan pelarasan semula nilai hartanah pelaburan.

Kertas kerja itu bertujan meningkatkan jumlah keuntungan dalam Laporan Kewangan Belum Disatukan TH bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 untuk pembayaran hibah berjumlah RM3.3 bilion sedangkan nilai hartanah terbabit sepatutnya dinilai pada harga pasaran lebih rendah.

Perbuatan itu mendorong ahli lembaga sama meluluskan kertas kerja berkenaan bagi pelarasan nilai tiga hartanah utama iaitu Bangunan TH Platinum Park, Bangunan TH Perdana dan Bangunan TH Selborne.

Perbuatan itu dilakukan di Menara TH Tun Razak, Jalan Tun Razak, di sini, di antara pukul 3 petang dan 10.30 malam, 9 Februari 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nazran Mohd Sham, Rohaiza Abd Rahman dan Siti Aina Rodhiah Md Shikh manakala Rozaida diwakili peguam bela, Shamsul Sulaiman serta Johan diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed dan Malissa Shukri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 8 Disember ini. – UTUSAN

The post Bekas CEO, CFO TH didakwa tipu nilai tiga hartanah pelaburan RM3.3 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved