Bekas CEO KWAP, Wan Kamaruzaman diumumkan sebagai Pengerusi MBSB Bank

Business & Finance
25 Jan 2024 • 8:02 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bekas CEO KWAP, Wan Kamaruzaman diumumkan sebagai Pengerusi MBSB Bank

johardy

25/01/2024 - 08:02

KUALA LUMPUR 25 Jan - Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melantik Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai Pengerusi anak syarikat milik penuhnya, MBSB Bank Bhd, berkuat kuasa Rabu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Wan Kamaruzaman telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dari Mei 2013 hingga November 2018.

Beliau memulakan kerjayanya di Maybank pada 1981 sehingga 1994, Wan Kamaruzaman berkhidmat sebagai CEO dan pengarah beberapa syarikat dalam Kumpulan Affin sehingga 2005.

Sebelum ini beliau juga memegang jawatan pengurus besar Jabatan Perbendaharaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari September 2007 hingga April 2013.

image is not available

Wan Kamaruzaman juga pernah berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa penasihat kepada Financial Times Stock Exchange (FTSE) Russel, London.

Beliau juga merupakan Pengerusi Institutional Investors Council Malaysia dan ahli lembaga pengarah Malakoff Corporation Bhd dan Prima Ekuiti (UK) Ltd. - DagangNews.com