Bekas CEO singkirkan 900 pekerja mahu dapat jawatan balik

Business & Finance
16 Aug 2026 • 9:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas CEO singkirkan 900 pekerja mahu dapat jawatan balik

WASHINGTON: Ahli perniagaan India-Amerika Syarikat (AS), Vishal Garg yang menjadi terkenal di seluruh dunia selepas memecat 900 pekerja dalam satu panggilan Zoom selama tiga minit, kini berusaha untuk mendapatkan semula jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Better Home & Finance.

Beliau yang disingkirkan pada 3 Ogos lalu kemudian mendakwa lelaki yang menggantikannya telah memperdaya pihak tertentu untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu.

Sebelum ini, Garg disingkirkan  dan digantikan oleh pengurus dana lindung nilai, Daniel Lewis,yang baharu menyertai lembaga pengarah Better seminggu sebelum itu.

“Beliau telah memperdaya saya,” kata Garg kepada CNN. 

“Beliau berkata menyukai strategi syarikat. Dia memuji kami di X dan menggunakan perkara itu untuk menyertai lembaga pengarah kami dan mendapatkan kepercayaan kami,” tambahnya

Garg berkata, beliau telah mengupah peguam terkemuka Alex Spiro, rakan kongsi di firma guaman Quinn Emanuel dan menghantar surat kepada lembaga pengarah Better yang menuntut supaya beliau dikembalikan semula ke jawatan tersebut.

Beliau malah menawarkan untuk bekerja dengan gaji hanya AS$1 (RM4.08) setahun sehingga syarikat itu kembali mencatat keuntungan. 

Selepas itu, katanya, beliau akan berundur secara berperingkat daripada jawatan CEO. – AGENSI

The post Bekas CEO singkirkan 900 pekerja mahu dapat jawatan balik appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved