Bekas “Drummer” MCR, Bob Bryar Meninggal Dunia

WorldEntertainment
30 Nov 2024 • 7:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas “Drummer” MCR, Bob Bryar Meninggal Dunia

Bekas pemain dram kumpulan rock, My Chemical Romance (MCR), Bob Bryar ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya hari ini pada usia 44 tahun, lapor Daily Mail.

Ketika ditemui, mayat bekas anggota MCR itu telah mereput dengan teruk. Setakat ini, punca kematian tidak didedahkan.

Sementara itu, pihak berkuasa tidak mengesyaki terdapat unsur-unsur perbuatan khianat.

“Senjata dan peralatan muzik miliknya di dalam rumah tidak disentuh sesiapa,” kata jurucakap.

Difahamkan, kali terakhir mendiang diketahui masih hidup pada 5 November iaitu pada hari mendiang mengemas kini media sosialnya.

Mendiang telah bersama MCR dari 2004 hingga 2010 bagi menggantikan bekas pemain dram sebelum itu, Matt Pelissier. Pada 2013, mendiang kembali bersama MCR bagi merakam album Conventional Weapons dan kemudiannya meninggalkan kumpulan tersebut pada 2014.

Mengambil keputusan berhenti dari bidang muzik, mendiang bergiat aktif sebagai penyokong pusat perlindungan dan menyelamat anjing. Pada 2021, mendiang melelong set dram yang kali terakhir dia gunakan ketika masih bersama MCR. Set dram tersebut dilelong bertujuan mendapatkan dana bagi sebuah pusat perlindungan haiwan di Tennessee.

“Ini kit dram terakhir milik saya dan ia perlukan tempat baru. Saya pernah gunakan kit ini ketika (MCR) membuka tirai MTV VMA pada 2005, dan jelajah selepas itu, juga beberapa rakaman (Black Parade),” tulisnya.

Menelusuri kerjaya seninya, mendiang mula bermain dram semenjak usia muda. Sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang sound engineering di Universiti Florida, mendiang pernah menyertai perbarisan dan kumpulan muzik jazz di bangku sekolah.

Sumber: Daily Mail

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved