Bekas eksekutif bank disyaki terima rasuah direman

LocalPolitics
19 Jan 2026 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah. Foto hiasan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahanseorang bekas eksekutif bank kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM7,000, dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan membantu mendapatkan pembiayaan pembelian dron kepada pemohon skim pembelian tersebut.

Sumber itu berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada 2024. Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya, dengan menerima rasuah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan,” kata sumber itu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 23 Januari ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Keda,h Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved