Bekas imam masjid khuatiri lemas ketika menjala

13 Dec 2022 • 9:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.

SETIU - Seorang bekas imam masjid dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menjala ikan di tali air di Kampung Fikri di sini kira-kira jam 6.30 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Husin berkata, mangsa, Zakaria Mohd Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku dikatakan pergi menangkap ikan sendirian sebelum dipercayai terjatuh.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian ini," katanya di sini pada Selasa.

Menurutnya, operasi itu melibatkan anggota dari pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Dala pada itu, Afandi turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengelak daripada melakukan aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan diri ketika musim tengkujuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved