Bekas isteri, adik tiri nafi bunuh pemandu e-hailing

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Bekas isteri pemandu e-hailing yang ditemukan maut di sebuah ladang kelapa sawit di sini tahun lepas, Nurima Juli, 34, dan adik tirinya Sadam Kiram, 30 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh.

Mereka yang didakwa mencapai niat bersama untuk membunuh Nurman Bakaratu, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Berdasarkan pertuduhan, Nurima serta Sadam didakwa membunuh mangsa di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, di sini, antara 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Jan 2023.

Adik-beradik tiri itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Ini merupakan pertama kali pengakuan mereka direkodkan selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi setelah tiga kali perpindahan tertangguh sebelum ini.

Pada prosiding tersebut, Duncan memaklumkan tidak dapat mendengar kes itu bagi mengelak ketidakadilan dan penghakiman berat sebelah memandangkan sebelum ini beliau pernah menjadi hakim bagi kes bunuh berkenaan ketika Nurima tampil sebagai saksi utama pihak pendakwaan.

Duncan menetapkan 18 Oktober depan untuk semakan kes, sementara beliau mengemukakan permohonan kebenaran pengecualian untuk mendengar kes ini daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif yang mewakili TPR Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim, sementara Nurima diwakili peguam Mark Rosaidey Mohd Amin, dan Sadam diwakili Jhasarry P. Kang.

Untuk rekod, kes bunuh berprofil tinggi itu mendapat perhatian seluruh negara apabila membabitkan anggota dan pegawai kanan polis, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, SAC (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain yang didakwa bersubahat dan membunuh mangsa.

Bagaimanapun, Duncan membebaskan kesemua lapan tertuduh itu pada 25 Januari lalu selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan kes, berikutan pengakuan mengejut Nurima yang mengaku menikam bekas suaminya (mangsa) dengan gunting.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.