Bekas Isteri Dakwa Influencer Motivasi Terkenal Curang Dengan Bini Orang, Staf Sendiri

Entertainment
22 Jul 2024 • 10:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bekas suami

Bekas isteri kepada seorang pempengaruh terkenal membuat pendedahan mengejutkan mengenai bekas suami yang didakwa berlaku curang.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, wanita yang juga merupakan influencer itu mendakwa, sebelum mereka bercerai bekas suami pernah menjalinkan hubungan dengan pekerja sendiri.

Tetapi, dia masih memaafkan dan memberi peluang malah langsung tidak mengaibkan suami di media sosial.

Namun, selepas bercerai, bekas isteri terkejut apabila mendapat tahu bekas suaminya itu rupa-rupanya turut bercinta dengan bini orang.

image is not available

Dakwa wanita ini lagi, perbuatan suaminya turut disedari staf di pejabat. Tetapi staf dikatakan hanya mampu berdiam demi menjaga periuk nasi sendiri.

image is not available

image is not available

Dakwaan mengejutkan yang dibuat bekas isteri menyebabkan orang ramai telah menyerang akaun Instagram influencer terbabit.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut dan meminta penjelasan adakah dakwaan yang dibuat bekas isteri ini benar.

Tak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana influencer terbabit dikenali dengan kata-kata nasihat dan motivasi.

image is not available

Jap!