Bekas Isteri Tuduh Macam-Macam, Sam Bunkface Jawab Semua Lengkap Dengan Bukti

Entertainment
2 Apr 2023 • 3:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sam bunkface

Dalam apa juga isu yang timbul, memang tak adil kalau kita hanya dengar sebelah pihak sahaja. Macam isu ini, bekas isteri kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam iaitu Aida Azira Hussin menyatakan rasa tidak setujunya dengan permohonan untuk meminda nafkah anak mereka, Maleeq.

Aida yang ditemubual pihak hlive itu mendakwa banyak perkara tentang Sam, termasuklah meminta bekas suaminya itu menunjukkan bukti jika benar tiada pendapatan.

Temubual penuh Aida tentang Sam…

Sam Bunkface tampil pertahankan diri, tunjuk bukti bekas isteri minta nafkah tinggi tapi tak jaga anak sepenuhnya…

image is not available

Tidak berdiam diri, Sam tampil pertahankan dirinya atas segala tuduhan yang dilemparkan Aida. Dalam satu perkongsi video di Instagram, Sam mendedahkan mereka sepatunya menjaga Maleeq secara adil iaitu dua minggu setiap seorang.

Sebaliknya berlaku apabila Aida dilihat cuba menyukarkan urusan Sam untuk berjumpa dan mengambil anaknya dengan menghantar Maleeq ke Melaka untuk dijaga ibunya. Sam turut menunjukkan bukti Aida cuba mengelak untuk menjawab perkara sebenar dan tidak menyatakan dengan tepat lokasi sekolah anak mereka.

image is not available

Sam turut merasakan jumlah nafkah yang diminta terlalu tinggi untuk menjaga Maleeq selama 2 minggu sahaja setiap bulan iaitu sebanyak RM1,300.

Tetap cuba mengelak…

image is not available

Sam terpaksa hubungi sendiri ibu Aida untuk tahu perkembangan Maleeq..

image is not available

Sam turut mendedahkan terima banyak ugutan dari bekas isteri. “Akan kacau hidup ko sampai aku mati” – Aida.

image is not available

Berikut penjelasan penuh dari Sam di Instagram…

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.