Bekas Jemaah GISBH Terima Ugutan Selepas Cakap Nak Keluar Kumpulan

LocalOpinion
18 Sep 2024 • 9:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang bekas jemaah GISB Holdings (GISBH) mendakwa menerima ugutan selepas menyatakan hasrat untuk meninggalkan kumpulan tersebut. Ugutan itu termasuk dakwaan bahawa Allah akan mengisytiharkan perang terhadap mereka yang ingin keluar dari jemaah.

Lokman, 43, mendedahkan salah seorang pemimpin GISBH berkata bahawa jemaah tersebut adalah satu-satunya yang memperjuangkan agama dari pelbagai aspek dan keluar daripada jemaah bermaksud meninggalkan kebenaran.

Saya dinasihatkan untuk mengingati sajak daripada ‘Abuya’ dan diberitahu bahawa Allah akan mengisytiharkan perang kepada saya jika keluar dari jemaah.- Kata Lokman, yang tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan kumpulan itu.

Pemimpin GISBH juga mendakwa bahawa jemaah mereka bersambung dengan ‘Imamul Ummah’ yang disebut dalam isyarat Nabi Muhammad SAW.

Ugutan tidak berasas kata pakar Agama…

Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak lebih daripada ugutan.

Kumpulan ajaran sesat sering menggunakan resipi yang sama, iaitu mengaku hanya kumpulan mereka yang benar.- Jelasnya.

Dakwaan bahawa GISBH atau mana-mana kumpulan lain memperjuangkan kebenaran secara eksklusif adalah tidak sahih. Kebenaran itu hanya ada pada al-Quran dan hadis Nabi SAW.- Katanya.

Beliau menegaskan bahawa kebenaran dalam Islam hanya berdasarkan al-Quran dan hadis, bukan pada mana-mana jemaah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved