
Bekas jurulatih Ismail Zakaria meninggal dunia akibat serangan jantung
Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Ismail Zakaria menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan akibat serangan jantung.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 60 tahun. Beliau merupakan jurulatih bola sepak yang berpengalaman dan dikenali kerana pernah membimbing beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia seperti Sime Darby FC, Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.
Bukan sahaja pernah berkhidmat sebagai jurulatih, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2017.
Semasa Allahyarham bergelar jurulatih Sime Darby FC, skuad itu muncul sebagai juara Liga FAM pada 2010, naib juara Piala FA 2012 dan naib juara Liga Premier 2013 lalu.
Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosa dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Coach Ismail Zakaria yang baru saja meninggalkan kita sebentar tadi akibat serangan jantung. pic.twitter.com/MnHtzP41dn
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 20, 2022
Sumber: Astro Awani Kuala Lumpur City FC
The post Bekas Jurulatih Bola Sepak, Ismail Zakaria Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung appeared first on Siakap Keli.

