Bekas Jurulatih Bola Sepak Sarawak United FC, Sathianathan Meninggal Dunia

18 Jul 2023 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia kehilangan bintang dalam sukan bola sepak

Bekas Jurulatih Bola Sepak Sarawak United FC, Sathianathan Meninggal Dunia. Arena bola sepak negara menerima perkhabaran sedih apabila bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan dan bekas jurulatih Sarawak United FC, B Sathianathan meninggal dunia, hari ini.

Perkembangan itu disahkan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus skuad bawah 17 tahun negara, Christopher Raj.

image is not available
Bekas Jurulatih Bola Sepak Sarawak United FC, Sathianathan Meninggal Dunia. Kredit: Sarawak United

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda sudah berjuang dengan baik,” tulis Christopher ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian jurulatih berpangalaman itu di Twitter.

Disahkan meninggal dunia tengah hari ini

Christopher ketika dihubungi memaklumkan Sathianathan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

image is not available

Musim lalu, Sathianathan, 65, dilaporkan terpaksa berehat daripada arena bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Mendiang yang juga bekas pengendali beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) menjadi antara individu yang banyak memberi pandangan mengenai pembangunan bola sepak negara.

image is not available

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu turut menjadi rujukan kepada media dalam mengulas pelbagai isu berkaitan bola sepak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan luas yang dimilikinya.

Baca lagi artikel menarik: