Bekas jurulatih sukan rugi RM838,000 diperdaya 'phone scam'

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 4:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GEORGE TOWN, 4 SEPT: Seorang bekas jurulatih sukan di Pulau Pinang kerugian RM838,328 selepas terperdaya sindiket penipuan "phone scam", bulan lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki berusia 75 tahun dihubungi suspek menyamar sebagai pegawai polis, memaklumkan mangsa disenarai hitam kerana terlibat kes penyebaran maklumat palsu dan pengubahan wang haram.

“Suspek meminta semua maklumat akaun simpanan mangsa dan mengarahkan lelaki itu memindahkan wang dari akaun simpanan tetap ke sebuah lagi akaun bank miliknya.

“Pada 11 Ogos, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad bank dengan meninggalkan sampul surat berisi kad itu berhampiran pos pengawal kawasan perumahannya atas alasan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini semalam, selepas mendapati semua wang di dalam akaun simpanan itu dipindahkan ke akaun tidak diketahui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azizee menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi atau butiran perbankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved