Bekas Kakitangan Astro Dipenjara 4 Tahun Kerana Mengubah 743 Akaun Pelanggan Untuk Akses Percuma

14 May 2026 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bekas Kakitangan Astro Dipenjara 4 Tahun Kerana Mengubah 743 Akaun Pelanggan Untuk Akses Percuma

Tahun lalu tular kes seorang bekas kakitangan Astro, Nora Idayu Jaafar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengubah 743 akaun pelanggan untuk memberikan akses perkhidmatan secara percuma. Semalam mahkamah sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun selepas beliau mengaku salah mengubah sistem data pelanggan syarikat penyiaran tanpa kebenaran mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Image from: Bekas Kakitangan Astro Dipenjara 4 Tahun Kerana Mengubah 743 Akaun Pelanggan Untuk Akses Percuma

Pangkalan data pelanggan Astro diubah oleh beliau antara tahun 2013 hingga 2020. Akaun yang diubah menerima status korporat yang membolehkan ia diakses secara percuma. Tertuduh mula bekerja di Astro pada tahun 2003, tetapi terlibat dalam kesalahan ini selepas berkahwin pada tahun 2013. Tekanan domestik yang melampau dan masalah kewangan yang disebabkan oleh bekas suaminya seorang kaki judi menyebabkan beliau melakukan kesalahan ini.

Tahun lalu perbicaraan terpaksa ditangguh kerana tertuduh rebah selepas pertuduhan ke-30 dibacakan terhadapnya. Tertuduh kemudiannya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta selama 30 hari bagi menjalani pemerhatian psikiatri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved