Bekas Kenalan Lelaki Cikgu Istiqomah Disambung Reman Tujuh Hari

LocalPolitics
12 Aug 2024 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas kenalan lelaki Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi disambung reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes pembunuhan guru tersebut di Pasir Gudang Johor.

Menurut laporan Sinar Harian, Majistret Dr Teoh Shu Yee mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

image is not available

Foto: Kosmo!

Suspek dilaporkan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Alor Gajah dengan diiringi anggota polis kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Sebelum ini, suspek bersama isterinya yang berusia 36 tahun telah direman pada 6 hingga 12 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes sama sebelum wanita itu dibebaskan semalam dengan jaminan Polis.

image is not available

Foto: Kosmo!

Terdahulu, orang awam menemukan mayat yang hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan telah dipotong kira-kira pukul 2 petang 31 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, kehilangan seorang guru wanita sejak 27 Disember tahun lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat yang tidak lengkap anggota badan itu adalah milik Istiqomah, 33 tahun.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap ibu mangsa dan juga mayat wanita tersebut adalah sepadan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved