Bekas Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria kekal dalam Lembaga Pengarah Can-One

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 4:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bekas Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria kekal dalam Lembaga Pengarah Can-One Image from: Bekas Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria kekal dalam Lembaga Pengarah Can-One amree24/06/2026 - 16:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Jun – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria terus mendapat mandat pemegang saham untuk menerajui Can-One Berhad apabila dilantik semula sebagai Pengarah kumpulan itu.

 

Beliau yang juga merupakan Pengerusi syarikat berkenaan, kembali dipilih oleh majoriti besar sebanyak 99.99% undi saham menerusi Usul Biasa 2 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 hari ini.

 

Berdasarkan makluman Can-One kepada Bursa Malaysia, usul berkenaan menerima sokongan sebanyak 36 pemegang saham atau bersamaan 137.82 juta saham, manakala hanya seorang yang menentang.

 

"Arifin, 75, dilantik sebagai Pengerusi pada 2023 menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal, selaras dengan keperluan tadbir urus korporat berhubung tempoh perkhidmatan pengarah bebas," tambahnya.

 

Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) itu pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia ke-13.

 

Berasaskan semakan pelbagai laman web korporat, Ariifin dilantik jawatan itu dari September 2011 sehingga persaraannya pada Mac 2017, dan kini turut berkhidmat sebagai Pengerusi DutaLand Berhad.

 

Selain itu, beliau juga merupakan Presiden Inns of Court Malaysia, Canselor Quest International University serta bertindak sebagai perunding di firma guaman terkenal tempatan, Zaid Ibrahim & Co.

 

"Dalam perkembangan sama, Can-One memaklumkan kesemua 10 usul yang dibentangkan pada AGM tersebut telah diluluskan oleh pemegang saham menerusi proses pengundian secara pengundian," jelasnya.

 

Pemegang saham turut meluluskan Usul Biasa 1 bagi urusan pembayaran dividen akhir sebanyak satu peringkat yang berjumlah 4 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25).

 

AGM kumpulan berkenaan tambahnya, turut meluluskan pelantikan semula Rajaretnam Soloman Daniel dan Kee E-Lene sebagai anggota lembaga pengarah syarikat masing-masing menerusi Usul Biasa 3 dan 4.

 

Dalam pada itu, pemegang saham meluluskan pembayaran yuran pengarah berjumlah RM1.003 juta bagi FY25, selain meluluskan elaun dan manfaat pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

 

"KPMG PLT turut dilantik semula sebagai juruaudit syarikat sehingga tamat AGM yang akan datang, selain lembaga pengarah diberikan kuasa untuk menetapkan imbuhan kepada juruaudit," kata Can-One lagi.

 

Ia turut memperoleh kelulusan pemegang saham bagi cadangan memperbaharui mandat pembelian balik saham, kuasa penerbitan saham baharu serta mandat urus niaga pihak berkaitan berulang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved