Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 84 tahun

LocalPolitics
19 Feb 2026 • 2:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.

Media melaporkan, jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.

Kematian beliau dimaklumkan menerusi satu hantaran oleh ahli keluarga arwah.

Allahyarham, dilahirkan pada 18 April 1942, di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara kelima pada usia 65 tahun, menggantikan Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Beliau bersara pada Oktober 2008.

Dikenali atas sumbangan besar kepada sistem kehakiman negara, Allahyarham telah membuka sebuah blog selepas bersara, untuk berkongsi isu undang-undang dengan orang ramai dan sering memberikan pandangan mengenai isu semasa. - 19 Februari, 2026

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 84 tahun appeared first on Scoop.