Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan hadir mahkamah kes rasuah

LocalPolitics
29 Jan 2026 • 8:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Razali (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan rasuah. Foto Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah.

Mohd Razali yang memakai kot kelihatan tenang ketika diiringi beberapa individu antaranya peguam dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Mohd Razali didakwa di hadapan Hakim, Suzana Hussin, sementara seorang lagi tertuduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad, kedua-duanya pada jam 9 pagi.

Pada 22 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk akan didakwa aas pertuduhan rasuah, minggu ini.

Katanya, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan maklum balas berkaitan pertuduhan akan diperoleh dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved