Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Naik Pelamin Lagi

25 Sep 2023 • 12:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilihat sudahpun melangsungkan perkahwinan dengan seorang lagi wanita dikenali sebagai Qistina Lim.

Berita perkahwinannya diketahui selepas tersebar gambar menunjukkan beliau bersanding di atas pelamin. Gambar itu dikongsikan seorang pengguna Facebook dengan nama Mohammad Izzat Hassan yang juga merupakan adik beliau.

image is not available

Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim. Anda sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke Jannah. – Tulisnya.

Majlis perkahwinan itu dikhabarkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada Sabtu malam lepas.

Untuk pengetahuan korang, Musa baru sahaja berpisah dengan isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil pada 30 Mac lalu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved