Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom hadapi satu lagi pertuduhan

8 Jul 2023 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom yang didakwa bersubahat bersama enam yang lain membunuh seorang pemandu e-hailing pada Januari lalu, berdepan satu lagi pertuduhan bersubahat dengan seorang anggota polis semasa sebutan semula kes, pada Jumaat.

SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, mengangguk faham ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Suhailla Selag. Tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa bersubahat dengan John Kennedy Anak Sanggah, 44, membunuh Nurman Bakaratu, 62, di Ladang Kelapa Sawit, berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara jam 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Terdahulu, Suhailla membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes membabitkan kesemua lapan individu, termasuk seorang wanita itu di Mahkamah Tinggi Tawau dengan tarikh sebutan akan ditentukan Mahkamah Tinggi.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Lapan individu tersebut adalah anggota polis Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39 dan seorang orang awam, Vivien Fabian, 34, John Kennedy yang merupakan suami kepada Vivien dan Mat Zaki.

Kesemua individu, kecuali Mat Zaki berdepan pertuduhan mencapai niat bersama membunuh mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki pula kini berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat bersama enam yang lain membunuh mangsa dan bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika tidak dihukum mati dan hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Untuk rekod, lima anggota polis, seorang pegawai kanan polis dan seorang wanita (orang awam) dituduh di Mahkamah Majistret pada 8 Febuari lalu, manakala, seorang lagi anggota polis (John) didakwa di mahkamah sama pada 11 April 2023.

John sebelum ini diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan, namun, didakwa bersama enam yang lain (Rosdi, Dennis, Fabian, Khairul, Mohd Azlan dan Vivien) melakukan jenayah tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhamad Iskandar Ahmad dan DPP Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim yang hadir pada prosiding tersebut pada Jumaat.

Mat Zaki, John Kennedy, Khairul Azman, Mohd Azlan dan Vivien diwakili Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Rosdi diwakili Datuk Ansari Abdullah, Abd Ghani Zelika dan Erveana Ansari; Dennis (Luke Ressa Balang dan Hairul Vaiyron Othman) dan Fabian diwakili Ameer Asraaf Khairee.

Kes itu menarik perhatian seluruh negara apabila tangkapan turut membabitkan pegawai kanan dan anggota polis bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) susulan penemuan mayat mangsa pada 16 Januari lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.