Bekas Komposer Muzik Dragon Ball Z Menang Pilihan Raya, Kini Bakal Jadi Peguam Negara Texas

WorldPolitics
5 Nov 2026 • 12:13 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Bekas Komposer Muzik Dragon Ball Z Menang Pilihan Raya, Kini Bakal Jadi Peguam Negara Texas

TEXAS: Seorang bekas komposer muzik bagi siri anime popular Dragon Ball Z, Nathan Johnson, mencipta kejutan apabila berjaya memenangi pilihan raya bagi jawatan Peguam Negara Texas, Amerika Syarikat, selepas menewaskan calon Parti Republikan, Mayes Middleton.

Johnson, 58, yang mewakili Parti Demokrat, memperoleh 5.1 juta undi berbanding Middleton yang meraih kira-kira 4.48 juta undi dalam pilihan raya yang berlangsung pada 3 November lalu.

Kemenangan itu turut menandakan kejayaan besar Parti Demokrat apabila Johnson menjadi calon parti itu yang pertama memenangi jawatan Peguam Negara Texas sejak 1994.

Pernah menghasilkan muzik untuk 67 episod Dragon Ball Z

Nama Johnson mungkin lebih dikenali dalam kalangan peminat anime menerusi sumbangannya dalam bidang muzik sebelum beliau menceburi dunia politik.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Johnson mendedahkan bahawa beliau pernah menggubah skor muzik untuk 67 episod dan lima filem Dragon Ball Z.

“Jika anda membesar dengan menonton Dragon Ball Z, mungkin anda lebih mengenali saya daripada yang anda sangkakan. Saya menggubah skor muzik untuk 67 episod dan lima filem, dan saya sangat seronok melakukannya,” katanya.

Beliau turut berkongsi kenangan ketika anaknya masih kecil dan sering menonton siri animasi berkenaan bersamanya.

Bukan calang-calang dalam dunia politik

Sebelum memenangi pilihan raya itu, Johnson mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundangan dan politik.

Beliau merupakan seorang peguam yang pernah terlibat dalam undang-undang korporat serta kebankrapan, selain berkhidmat sebagai senator negeri Texas sejak 2019.

Kemenangan ke atas Middleton menyaksikan Johnson bakal mengambil alih jawatan berkenaan daripada penyandangnya, Ken Paxton, pada Januari 2027.

Sebagai Peguam Negara Texas, Johnson bakal mengetuai pejabat perundangan utama negeri itu yang bertanggungjawab antaranya dalam hal perlindungan pengguna, usaha membanteras rasuah dan penguatkuasaan undang-undang.

Peralihan kerjaya Johnson daripada menghasilkan muzik untuk watak popular seperti Goku kepada mengetuai institusi perundangan sebuah negeri di Amerika Syarikat pastinya menjadi antara kisah paling luar biasa dalam pilihan raya kali ini. – The Malaysian Update

The post Bekas Komposer Muzik Dragon Ball Z Menang Pilihan Raya, Kini Bakal Jadi Peguam Negara Texas appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved