Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri

24 Dec 2023 • 5:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas KP MAMPU Mohd Nor Meninggal Dunia Di Hospital Ampang Puteri

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Dr Mohd Nor Abdul Ghani meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini pada 4.15 petang semalam.

Anak Allahyarham, Anuar Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu berkata bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan ulser perut pada Selasa lepas.

“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada 11.30 pagi tadi yang dihadiri saudara-mara dan rakan-rakan yang memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Mohd Nor, 86, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Penerangan dan Kementerian Pengangkutan masing-masing pada 1986 dan 1992.

Allahyarham turut menjadi Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antara 1987 hingga 1990.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved