Bekas Menteri Sabah mungkin disoal siasat

LocalPolitics
18 Jan 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri-menteri dalam Kabinet Negeri yang memegang portfolio Pembangunan Infrastruktur sejak 1989 boleh menjangkakan bakal menjadi saksi berpotensi dalam perbicaraan rasuah RM130 juta yang sedang berlangsung membabitkan Jabatan Air Negeri apabila perbicaraan disambung pada Februari.

Harian Ekspres mengetahui bahawa mereka boleh menjangkakan untuk disoal siasat berhubung apa yang mereka tahu tetapi gagal bertindak atau peranan yang mungkin mereka mainkan atau perolehi daripada konspirasi untuk menipu rakyat Sabah berjuta-juta ringgit dalam peruntukan untuk pengeluaran dan pengagihan air, mengakibatkan kekurangan air di seluruh negeri sehingga hari ini.

Kes yang memasuki tahun kelapan itu adalah skandal rasuah terbesar di Sabah dan paling lama di Malaysia disebabkan oleh banyak kelewatan serta gangguan. Ia mencapai kemajuan hanya apabila kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan berkuasa pada 2018.

Kumpulan pendesak di Sabah dan Labuan yang turut terjejas akibat kekurangan air kerana bergantung kepada tanah besar Sabah turut mengecam badan kehakiman yang didakwa mengamalkan pilih kasih kerana mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan kerana penyele-wengan dana berjumlah RM37 juta dalam perbicaraan SRC dalam tempoh empat tahun tetapi membiarkan kes di Sabah itu berlarutan lapan tahun tanpa penutupan dengan nilai wang terbabit juga tiga kali ganda.

Terdapat pendedahan mengejutkan minggu lalu oleh saksi utama pendakwaan Teo Chee Kong, yang kali terakhir memegang jawatan Timbalan Pengarah.

Teo, saksi ke-29 pihak pendakwaan, dibebaskan buat sementara waktu pada petang Khamis lalu dan akan dipanggil semula berikutan permohonan pihak pendakwaan untuk soalan tambahan, pengemukaan bahan bukti dan penghujahan.

Teo dibantah daripada terus membaca keterangan bersumpahnya pada hari itu yang mungkin mendedahkan maklumat lanjut tentang penipuan itu serta lebih banyak nama mereka yang mendapat manfaat daripada skim berkenaan.

Bantahan itu adalah daripada peguam bela Lim Lam Beng, 66, yang memegang jawatan itu sebelum Teo, tetapi telah diambil semula sebagai penasihat sementara pada 2015 sehingga rampasan sebahagian besar wang oleh SPRM, daripada pejabat Air Negeri. Pengarah Jabatan ketika itu, Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib.

Mohd Tahir, 58, dan isterinya Fauziah Piut, 55, pada 29 Disember 2016, mengaku tidak bersalah atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.

Mereka yang namanya telah muncul semasa perbicaraan juga boleh mengharapkan untuk dipanggil. Mereka termasuk satu-satunya bekas Menteri yang dinamakan setakat ini, Datuk Raymond Tan, yang didakwa menerima bayaran sebanyak RM500,000 daripada Teo.

Turut disebut ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, walaupun tiada kaitannya dengan skandal itu, jika ada. Identiti seorang lagi bekas pengarah dan peranan yang didakwa dimainkannya dirahsiakan kerana dia telah meninggal dunia di luar negara dan tidak akan dapat mempertahankan dirinya.

Peguam Lim Datuk Tan Hock Chuan, yang membangkitkan bantahan, mendakwa beberapa maklumat dalam kenyataan saksi Teo terlalu jauh dengan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap anak guamnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.