Bekas Murid Saman Guru Sebab Tak Boleh Membaca & Menulis – “Peluang Untuk Belajar Dirampas Daripada Saya”

LocalOpinion
5 Mar 2025 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Oddity Central, seorang pelajar tinggi awam yang belajar di Hartford, Connecticut bernama Aleysha Ortiz, 19 menyaman bekas gurunya kerana membenarkan dia menamatkan pengajian dengan ‘kepujian’ biarpun dirinya masih belum boleh membaca serta menulis.

Gadis dakwa guru punca dirinya buta huruf

Aleysha yang berasal dari Puerto Rico difahamkan telah menunjukkan masalah pembelajaran sejak kecil dan masalah ini berterusan apabila dia berpindah ke Amerika Syarikat pada usia 5 tahun.

image is not available

Sumber : Anwar Holil  

Biarpun diberikan guru khas untuk dirinya, dakwa Aleysha, pihak sekolah masih gagal membantunya sehingga sebelum tamat pengajian dan apabila dia menjalani ujian tambahan, Aleysha dedah dirinya hampir tidak boleh membaca serta menulis.

Walaupun buta huruf, gadis terbabit berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian, malah biasiswa ke Universiti Connecticut.

Alami kesusahan di universiti

Aleysha mendedahkan dia berjaya menamatkan pengajian dengan bergantung sepenuhnya pada aplikasi moden bagi menyiapkan kerja yang diberi oleh guru, mengisi borang permohonan serta menulis esei.

image is not available

Saya seorang yang bersemangat dan suka belajar. Tetapi peluang untuk belajar telah dirampas daripada saya.

image is not available 11 months ago

Pelajar Disaman 3 Juta Kerana Dedah Sikap Cikgu P*dofilia, Didakwa 'Diugut' Untuk Padamkan Bukti - "Siap Ambil Pant*es Di Aspuri"