Bekas Paderi Terkenal Australia Peluk Islam Selepas 45 Tahun Berkhidmat Di Gereja

3 Jan 2024 • 7:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bekas paderi terkemuka di Australia, Gould David memilih untuk peluk Islam selepas 45 tahun berkhidmat di sebuah gereja, lapor portal Muslim Telegraph.

Berita mengenai paderi Gould David atau nama Islam Dave Abdur Rahman Gould peluk Islam tersebar meluas. Lebih-lebih beliau merupakan orang berpengaruh dan disegani ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tarikh sebenar beliau memeluk agama suci itu.

“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” katanya sebagaimana dipetik menerusi muslimtelegraph.com.

Dalam pada itu, beliau yang sebelum ini pernah mendapat penghormatan sebagai seorang paderi dalam komuniti Kristian di bumi kanggaru itu mengakui dirinya berada damai setelah memeluk agama Islam.

“Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam,”ujarnya.

image is not available

Berita tentang saudara baharu tersebut turut menarik perhatian dunia dan ramai yang meninggalkan komen di media sosial masing-masing.

Mereka meluahkan rasa syukur dengan khabar gembira dan teruja selain mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam mendalami agama Islam.