Bekas pekerja lawan Puteri Sarah, fail saman balas mahu tuntut hak

2 Aug 2024 • 10:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas pekerja lawan Puteri Sarah Liyana dengan memfailkan saman balas terhadap aktres itu pada Jun lalu bagi menuntuk haknya.

Memetik laporan Berita Harian, bekas pekerja yang bernama Nazatul Nazira berkata dia memutuskan untuk menyelesaikan persengketaan itu dengan pelakon berkenaan di mahkamah bagi membersihkan namanya.

Bekas pekerja lawan Puteri Sarah

image is not available

“Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama dan menuntut hak saya. Fitnah dilemparkan Sarah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi, saya ingin perjuangkan keadilan saya,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata demikian sebaik selesai proses mediasi antaranya dengan Puteri Sarah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada petang Khamis.

Mahu tuntut hak, bekas pekerja lawan Puteri Sarah

image is not available

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut tentang kes berkenaan kerana masih dalam perbincangan.

“Setakat ini, kami tidak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana ada satu lagi proses mediasi.

“Kami masih dalam perbincangan dan belum ada kata sepakat lagi, jadi masih terlalu awal untuk bercakap. Anak guam saya juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu,” jelasnya.

Demi bersihkan nama, bekas pekerja lawan Puteri Sarah

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Puteri Sarah berkeras untuk meneruskaan tindakan undang-undang terhadap bekas pekerjanya itu.

Puteri Sarah memfailkan dua saman iaitu saman fitnah dan pecah amanah disamping yakin dia berada di pihak yang benar selain mahu memperjuangkan haknya.

image is not available

Foto: Kosmo

Sekadar info, proses mediasi antara kedua-dua individu ini dilanjutkan kepada 25 September depan selepas gagal mencapai jalan penyelesaian.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)