Bekas Pekerja Sempat Lari Selepas Nampak Suami Azza Elite – “Dia Lari Tinggal Isteri Dia…”

LocalEntertainment
31 Dec 2024 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas pekerja kepada penyanyi, Azza Elite yang didakwa mencuri wang syarikat telah bertindak melarikan diri apabila terserempak dengan suaminya di sebuah pasar raya di Ukay Perdana, Selangor.

Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawari berkata, individu berkenaan juga tergamak meninggalkan isterinya di pasar raya tersebut semata-mata mahu mengelak dari bersemuka dengan suaminya.

image is not available

Tadi terjumpa suami saya, kenapa awak lari? Saya tak fahamlah, dia buat macam seolah-olah tiada apa.

 

Dia sempat tinggalkan isteri dia di Giant, Ukay Perdana sebab nak lari daripada suami saya.

 

Suami saya tak sempat kejar, dia dah lesap dulu.

Penyanyi itu turut memuat naik gambar yang memaparkan wajah bekas pekerjanya itu.

Azza turut memberitahu, dia sudah membuat laporan polis sejak Oktober yang lalu namun usaha menjejaki keberadaan lelaki terbabit masih gagal sehingga kini.

Dia turut berkata dia tidak mempunyai pilihan lain selain menyebarkan gambar tersebut di Instagramnya atas nasihat pihak polis.

Polis Gombak cari tapi tak dapat, polis Ampang pun sama. Habis tu siapa nak tingkap penipu ni?

 

Polis minta saya viralkan muka dia, senang sikit. Sesiapa nampak dia di Ukay Perdana tolong bawa dia ke mana-mana balai polis.

Terdahulu, Azza meluahkan rasa kesal apabila pekerjanya itu bertindak mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakannya.

image is not available 2 months ago

“Kau Bukan Tak Tahu Betapa Susahnya Aku Cari Duit”- Azza Elite Dedah Pekerja Curi Duit Hasil Meniaga

View Original Article