Bekas pelatih Malaga City sertai TRW

Football
10 Jun 2023 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allee Putra (dua dari kanan) sah menyarung jersi Kelantan FC pada pintu perpindahan kedua pemain Julai ini.

BEKAS pelatih Akademi Malaga City FC, Sepanyol, Allee Putra Azril, 18, sah menyarung jersi Kelantan FC pada pintu perpindahan kedua pemain pada Julai ini.

Perkara tersebut diumumkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosialnya pada Sabtu.

"Dia selesa bermain di bahagian tengah dan mudahan boleh membantu TRW nanti.

"Kita sama-sama doakan kejayaan dia dan pasukan," katanya.

Menurut beliau, anak kelahiran Bachok itu pernah berada dengan Akademi Malaga City FC selama dua tahun.

Allee Putra sebelum ini pernah mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila terpilih menjadi pelatih di Akademi Malaga City FC pada tahun 2020.

Ketika berkelana ke Eropah itu dia baharu berusia 15 tahun.