Bekas Pemain Kebangsaan, Rosle Md. Derus Meninggal Dunia

LocalFootball
15 Jul 2026 • 4:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas Pemain Kebangsaan, Rosle Md. Derus Meninggal Dunia

Bekas Pemain Kebangsaan, Rosle Md. Derus Meninggal Dunia

Bekas pemain remaja kebangsaan, Rosle Md. Derus, meninggal dunia pada usia 48 tahun, sekali gus meninggalkan kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.

Allahyarham pernah mencipta nama bersama pasukan Perlis serta mewakili Malaysia dalam saingan Piala Dunia Remaja FIFA 1997 dan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2000.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, Allahyarham terus menyumbang kepada pembangunan bola sepak tanah air dengan memegang beberapa jawatan penting dalam bidang kejurulatihan dan teknikal.

Beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Penang FC selain membimbing pasukan Kedah Darul Aman B sebagai jurulatih.

Allahyarham juga pernah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Kuala Lumpur City FC yang muncul juara Piala Malaysia pada 2021 sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kuala Lumpur FA pada tahun berikutnya.

Penang FC zahir ucapan takziah

Sementara itu, Penang FC menerusi satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian bekas Pengarah Teknikalnya itu.

Baca juga:

Menurut kelab berkenaan, pemergian Rosle merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat handai.

Malah, kepada seluruh komuniti bola sepak yang menghargai jasa serta sumbangan beliau sepanjang penglibatannya dalam sukan berkenaan.

"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

"Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini," tulis Penang FC.

Al-Fatihah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved