
Kota Kinabalu: Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dan Ketua AADK Cawangan Tawau didakwa menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan bayaran bagi pelbagai program AADK di Tawau, membabitkan sejumlah RM46,0641.92.
Bekas Pengarah Bakri Bibi, 52, dan Abd Gani @Ghani Keruput, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dihadapi mereka pada Rabu.
AdvertisementBagi pertuduhan pertama hingga ke-27, Bakri dan Abd Gani didakwa menggunakan baucar palsu untuk sebuah syarikat pembekal makanan dan minuman, sewaan khemah, bahan binaan, serta peralatan bagi pelbagai program AADK di Tawau pada Oktober dan November 2018.
Kesalahan di bawah Seksyen 471/468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, Bakri turut berdepan 14 pertuduhan bersubahat dengan Abd Gani dalam menggunakan dokumen palsu berupa kertas kerja untuk pelbagai program AADK di Tawau bagi mendapatkan bayaran antara November 2018 dan Mei 2019.
Dia didakwa di bawah Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
AdvertisementBakri juga didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah semasa jenayah itu didakwa dilakukan, untuk mendapatkan rasuah dengan meluluskan kontrak Perkhidmatan Pembersihan dan Sanitasi bagi Pejabat Negeri AADK Sabah, AADK Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, W.P Labuan, dan Pusat Tahanan Reman (PTR) kepada sebuah syarikat pada 20 Nov 2017 di pejabat AADK Sabah di Wawasan Plaza, di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 23(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama itu yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
AdvertisementMahkamah menetapkan 14 April tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM30,000, deposit RM4,000 serta seorang penjamin tempatan, masing-masing dan juga dikehendaki melapor diri kepada pegawai SPRM dua bulan sekali.
Pasport mereka, jika ada, akan disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.
Kedua-dua tertuduh juga diingatkan agar tidak mengganggu saksi pihak pendakwaan.
Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi tampil untuk pendakwaan, manakala Abd Gani diwakili peguam Lim Chun Yuan, dan Bakri tidak diwakili.
