Bekas pengarah kewangan PBT direman, disyaki salah guna dana RM50 juta buat pelaburan saham

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 3:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah jabatan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan melaburkan dana PBT berjumlah kira-kira RM50 juta dalam pasaran saham.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret N. Sivashangari terhadap lelaki berusia 57 tahun itu, berkuat kuasa hari ini hingga Isnin ini.

Suspek dilaporkan ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, lapor Bernama.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 hingga 2023 dengan melantik isterinya yang bekerja di sebuah bank sebagai ejen pelaburan bagi tujuan pelaburan saham menggunakan dana awam.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan dana wang awam dan wang amanah itu tanpa kelulusan pegawai pengawal kewangan.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - 17 Jun, 2025