Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Suspek Tembak Mati Di Sungai Golok, Mungkin Lari Ke Malaysia

LocalFootball
3 Nov 2025 • 3:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial semalam kejadian tembak melibatkan seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Thailand.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, meninggal dunia selepas menerima 18 das tembakan di hadapan isterinya yang sedang hamil anak sulung.

Terbaru, polis mengesahkan salah seorang suspek yang terlibat adalah bekas pemain bola sepak Kelantan FA musim 2019.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek kini dalam buruan polis dan ada kemungkinan suspek telah melarikan diri ke Malaysia.

“Kita tidak tolak kemungkinan suspek sudah lari ke negara ini”

image is not available

Pihak polis kini memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu siasatan dan memburu suspek.

Beliau turut menambah bahawa setakat ini, polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tembakan berkenaan.

image is not available
Kredit: Kosmo!

Difahamkan, suspek turut pernah beraksi di Liga Thailand bersama kelab Yala United FC dan PT Prachuap FC.

Pssttt! Diharapkan pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bekerjasama bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan keluarga.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Suspek Tembak Mati Di Sungai Golok, Mungkin Lari Ke Malaysia appeared first on Oh! Media.