Bekas Personaliti TV, Norjuma Minta Gelar Dirinya Datin Che Puan, Netizen Kata Hanya Syok Sendiri?

4 Jul 2024 • 5:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Norjuma

Bekas personaliti TV, Norjuma Habib Mohamed meminta rakan media untuk memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan’ telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu video di Tiktok, Norjuma mengatakan perkara itu ketika menghadiri sesi sidang media bagi menjawab dakwaan dirinya dikenakan waran tangkap oleh mahkamah.

Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. Saya sangat okay kalau dipanggil dengan gelaran itu. 

Kalau orang lain mungkin mereka akan cakap, ‘eh tak apa sebab kami tak kisah dengan gelaran itu. Itu tak apalah (hak mereka) kalau dah kahwin dengan orang lain kan.

Bukan tu jer, Norjuma juga memberitahu yang dia masih ada suami dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Suami saya sekarang adalah. Suami saya sekarang mungkin suami orang (lain) dulu.

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kata Norjuma ni syok sendiri?

image is not available

image is not available

Sebelum ini, personaliti TV itu pernah didakwa dengan lima pertuduhan mencederakan tiga orang individu, melakukan khianat serta berdepan empat waran tangkap.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.