Bekas Pesuruhjaya EU Barnier Dilantik Perdana Menteri Baharu Perancis

WorldPolitics
6 Sep 2024 • 12:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas Pesuruhjaya EU Barnier Dilantik Perdana Menteri Baharu Perancis

PARIS, 5 Sept (Bernama-dpa) — Bekas pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) dan perunding Brexit Michel Barnier dinamakan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai perdana menteri baharu negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik pengumuman oleh Istana Elysee pada Khamis.

Pelantikan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas pilihan raya parlimen awal yang diumumkan Macron, menyaksikan gabungan kiri meraih kemenangan.

Tetapi tiada parti atau pakatan politik yang memperoleh kerusi yang mencukupi dalam Perhimpunan Kebangsaan, mengakibatkan parlimen tergantung dan ketidaktentuan politik selama berminggu-minggu.

Masih belum jelas sama ada Barnier berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti yang berfungsi.

Barnier, 73, mempunyai kerjaya politik selama beberapa dekad dan merupakan tokoh berpengaruh dalam parti Republikan kanan tengah Perancis.

Beliau adalah menteri alam sekitar di bawah Francois Mitterrand, menteri luar di bawah Jacques Chirac dan menteri pertanian di bawah Nicolas Sarkozy.

Beliau juga pernah beberapa kali berkhidmat sebagai pesuruhjaya EU. Beliau juga merupakan bekas ketua perunding Brexit EU.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved