Bekas PM Jepun, Shinzo Abe Dilapor Ditembak Dengan ‘Shot Gun’

8 Jul 2022 • 11:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilapor diserang dan ditembak menggunakan shot gun oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika memberikan ucapan di Nara, lapor Nikkei Asia.

Menurut laporan ringkas berkenaan, Abe kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Lelaki yang bertindak menyerangnya sudahpun berjaya ditahan oleh polis.

Manakala dalam laporan Japan Times pula, portal berita berkenaan melaporkan bahawa Abe telah ditembak dari belakang ketika sedang memberikan ucapan.

Pelaku yang merupakan seorang lelaki sudah ditahan atas cubaan membunuh.

Berita lanjut menyusul.