Bekas pramugara dedah sindiket curi barang dalam kapal terbang

14 Dec 2023 • 12:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video yang dimuat naik Atif Zul di TikTok pada Rabu.

SHAH ALAM - Seorang bekas pramugara syarikat penerbangan mendedahkan wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.

Pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.

“Kalau dulu ada pengumuman khas melibatkan penerbangan ini yang mana kita suruh laporkan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.

“Jadi, ini adalah isu yang sangat biasa kalau penerbangan yang panjang,” katanya menerusi video yang dimuat naik pada Rabu.

Tambahnya, beg berjenama turut menjadi sasaran sindiket itu selain menasihati penumpang agar tidak menyimpan wang dalam jumlah yang besar.

“Secara realitinya, ini hakikat kalau bawa beg yang berjenama lebih-lebih lagi di dalamnya ada wang tunai pula yang menunjukkan kemewahan seseorang. Secara tidak langsung ia mencuri perhatian sindiket.

“Cadangan saya, letak beg anda bertentangan dengan tempat duduk supaya boleh nampak dengan jelas kalau orang selongkar.

“Kalau letak di ruangan atas kepala penumpang, anda tak akan tahu kalau ada orang cuba selongkar beg atau buat apa,” ujarnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved