Bekas Presiden Iran, Ahmadinejad Disahkan Masih Hidup

5 Mar 2026 • 5:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas Presiden Iran, Ahmadinejad Disahkan Masih Hidup

Istanbul - Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad disahkan masih hidup tanpa mengalami sebarang kecedaraan ketika serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan pemimpin kanan dan infrastruktur ketenteraan Iran.

Perkara berkenaan dilaporkan oleh Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan seorang penasihat rapat beliau.

Baca juga:

Mahmoud Ahmadinejad hidup, dalam keadaan baik ketika dihubungi

Katanya, bekas Presiden itu berada dalam keadaan yang baik ketika mereka berhubung.

“Sebuah bangunan yang melibatkan pasukan keselamatan beliau diserang semalam. Tiga daripada pengawal peribadinya yang merupakan anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terbunuh.

“Kediaman peribadi beliau yang terletak kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut tidak terjejas dan tidak menjadi sasaran,” tambahnya.

Berita lanjut menyusul.